Sarah Hildebrand Bukan Obses Kat Remy Ishak, Tapi…

Wataknya sebagai Nadine dalam drama Pujaan Hati Kanda (PHK) yang tampak begitu obses dengan tunangnya, Megat Danish lakonan Remy Ishak ini sebenarnya sudah mempunyai kekanda dihati. Siapa? Tak lain dan tak bukan, pelakon dan pengacara, Nabil Mahir.

Hubungan pelakon cantik berdarah kacukan ini sudah terjalin lebih daripada 4 tahun lamanya. Dan, kepada sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan kedua-dua pasangan ini pastinya sedia maklum Sarah dan Nabil  memang cukup serasi. Ditambah dengan sikap gila-gila dan sempoi, pasangan ini sentiasa membuatkan netizen terhibur.

Malah ada diantara gambar yang dimuat naik oleh Nabil menerusi akaun instagram miliknya, betul-betul menghiburkan hati followers dan juga peminat pasangan ini.
Wah, sweet kan?
Apapun, kita doakan agar hubungan Sarah Hildebrand dan Nabil Mahir berkekalan!
Jangan lupa buat Nadine, saksikan Pujaan Hati Kanda di slot Akasia, atau boleh menonton drama tersebut menerusi www.tonton.com.my atau LIVE TV di www.xtra.com.my
Salma Syahbuddin