Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi June 30, 2022 @ 6:16pm

Netizen Minta Sekuel Filem Mat Kilau, Ini Respons Syamsul Yusof – “Semestinya Akan Ada, Tapi…”

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan terus mencatat kejayaan tersendiri apabila berjaya menjadi filem epik Melayu pertama yang telah memecah rekod panggung.

Malah, sehingga hari ke-7 tayangan, filem Mat Kilau telah meraih lebih RM23 juta dan dipercayai semakin meningkat.

Susulan itu, ada segelintir penggiat seni dan penonton yang mahukan kesinambungan filem epik yang berjaya menambat hati ramai pihak.

Selaku pengarah, Syamsul Yusof berkata perancangan untuk membuat sekuel filem tersebut ada namun akan mengambil masa yang lama bagi memastikan kualiti dan penambahbaikan.

“Filem Mat Kilau 2, setakat ini kalau dari bahagian saya semestinya akan ada. Cuma perkara ini tak boleh gopoh. Dalam berkarya ini tak boleh gopoh.

“Kalau inginkan sesuatu yang berkualiti kena ambil masa, kajian dan sudah tentu nak tingkatkan dan tambah baik untuk selepas ini.

“Tidak kira sama ada filem Mat Kilau atau apa saja pahlawan dan apa jua filem sekalipun kena perbaiki daripada sebelumnya, Insya-Allah,” katanya.

Dalam pada itu, pengarah itu turut ditanya sama ada pelakon untuk sekuel Filem Mat Kilau 2 ni akan dikekalkan atau sebaliknya.

“Bagi Mat Kilau 2 dan pelakon masih terlalu awal untuk saya komen, nanti dulu. Masih dirahsiakan,” katanya ringkas.

Filem Mat Kilau terbitan Studio Kembara menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari, Yayan Ruhan dan ramai lagi.

Sumber: Media Hiburan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Zizan Gunakan Platform Media Sosial Untuk Kekal Relevan Sebagai Pelawak

Berbual dengan Zizan, memang tak kering gusi dibuatnya.

Hiburan Wed, 13 Nov 2019

Meghan Markle Hamil Anak Kedua?

Wah, kalau betul apa salahnya kan?

Hiburan Tue, 18 Dec 2018

Salah Ke Kalau Alvin Chong Nak Tiru Imej Penyanyi K-Pop?

Wah, siapa berani cakap Alvin Chong tiru gaya artis Kpop ni? 

Featured Sat, 1 Sep 2018

Tambah Nilai Prabayar Dikenakan SST 6% Mulai Hari Ini. Jangan Terkejut Ya!

Jangan terkejut kalau penambahan nilai prabayar anda kurang ya!

Kes Mahkamah Fri, 15 Dec 2023

Perbicaraan Disambung Semula, Hakim Arahkan Kes Amang Seksual PU Azman Dibuat Secara Tertutup

Hakim mengarahkan semua yang tidak terlibat dengan kes terbabit untuk keluar selepas saksi ke-11 dipanggil bagi memberi keterangan.

Hiburan Thu, 12 Sep 2019

Jangan Malu Dengan Gelaran ‘Janda’- Fasha Sandha

Semoga Fasha & anak-anak terus bahagia…

Featured Wed, 25 Jan 2023
Hiburan Wed, 13 Feb 2019
error: Content is protected !!