Netizen OKU Cari Pasal Dengan Azhan Rani?

Pelakon Azhan Rani bertindak mendedahkan seorang individu yang tidak dikenali yang menghantar mesej peribadi (Direct Message atau DM) di akaun instagramnya. 

Individu tersebut telah menghantar mesej dengan menggunakan perkataan ‘babi’ berulang-ulang. 

Namun, menjengah ke ruangan komen, ada yang mengatakan individu tersebut OKU (Orang Kelainan Upaya) dan ada di antara rakan artis seperti Jasmin Hamid dan Rita Rudaini berkongsi menerima mesej seperti itu di laman media sosial mereka juga. 

“Dah beranak pinak pulak babi tu ye…ye dik..puaskan la hati ko..

“Ramai kata awak ni OKU ..kalau ye pun abang harap mak ayah awak ni baca la dan kawal telefon bimbit tu..kalau tak OKU janganlah sampai ko betul-betul OKU pulak ye..jap lagi abang block awak ye..jaga diri ye dik,” tulis Azhan. 

Beberapa jam selepas perkongsian pelakon itu di akaun instagramnya, abang kepada individu OKU tersebut telah meminta maaf kepada Azhan atas perlakuan adiknya.

“saya di sini nak mohon maaf di atas segala tutur bicara spam chat adik saya tu..memang dia bermasalah dan kelainan upaya, saya serius tak sangka dia boleh bertindak sampai macam tu sekali,” tulis jejaka itu.

Azhan kemudian membalas bahawa dia bersedia untuk memaafkan individu tersebut cuma meminta supaya ahli keluarga dapat memantau pengggunaan telefon bimbit olehnya kerana bukan sahaja Azhan, malahan ramai lagi rakan artis yang menerima mesej yang sama. 

Del14