Fauziah Latiff Kembali Galas Tanggunggjawab Besar Dalam ‘Mahathir The Journey’

Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Teratai Layu Di Tasik Madu ini mengakui menggalas tanggungjawab yang sangat besar apabila diberi peluang membawakan watak Tun Dr Siti Hasmah iaitu isteri kepaa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Mahathir The Journey.

 

Menurutnya, walaupun tanggungjawab ini sangat besar namun ia merupakan satu penghormatan untuk kerjaya seni beliau sepanjang bergelar anak seni.

 

“Bukan mudah mahu merealisasikan wataknya, semua orang tahu beliau merupakan seorang wanita yang sangat hebat. Lebih lagi Mahathir The Journey merupakan filem pertama saya sepanjang bergelar anak seni” Katanya ketika ditemui pada majlis sidang media filem ‘Mahathir The Journey’ semalam.

Ketika Majlis Sidang Media Mahathir The Journey di Sheraton Petaling Jaya, semalam.

Tambahnya lagi, peluang sebegini walaupun sukar dilaksanakan namun ianya juga sukar untuk dilepaskan. Melakukan banyak kajian adalah salah satu bentuk persediaan sebelum masuk ke set penggambaran Disember ini.

Penggambaran Mahathir The Journey turut dilakukan dibeberapa buah lokasi antaranya, Putrajaya, Kedah, Kelantan, dan Hiroshima, Jepun.

Salma Syahbuddin