Netizen Pertikai Status Sebenar Fatin Afeefa

Kalau sebelum ini, bekas suami Fatin Afeefa yang juga pelakon Adam Shahz pernah mengeluarkan kenyataan tentang status anak sulung mereka itu sebenarnya adalah anak angkat dan bukanlah anak kandung mereka. Terbaru, Fatin dilihat telah memuat naik gambar beliau bersama anaknya itu.

Namun menerusi ruangan komen tersebut, Fatin akhirnya mengakui tentang status sebenar anaknya, Adam Aisy Arrian yang menjadi teka-teki selama ini. 

Menerusi komen berikut, followers Fatin agak sedikit keliru dengan kenyataan yang diberikan olehnya berhubung status anaknya itu.
Menurut Fatin, ia bukanlah hasil perkahwinan bersama Adam, sebaliknya beliau mengakui pernah berkahwin sebanyak dua kali dan anak sulungnya itu adalah hasil perkahwinan pertamanya.
Namun, selama ini dia tidak pernah mahu bercerita tentang perkahwinannya yang terdahulu kerana Fatin menganggap itu adalah hak privasi beliau.
Apapun, setelah beliau memberikan sedikit kenyataan berhubung statusnya itu, peminat beliau tetap mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Salma Syahbuddin