Whoah! Akhirnya Janna Nick Buka Mulut Tentang Ucapan Berbayar

Nampaknya siapa yang ‘menghentam’ pelakon dan penyanyi Janna Nick sebelum ini berhubung bayaran ucapan di Instagram, korang mesti macam… ‘alamak’. 

Bukan apa, Janna atau Nurul Jannah Muner baru saja mengumumkan hasil kutipan wang menerusi perkhidmatan tersebut sebenarnya disalurkan ke Rumah Kasih Nurul Nasuha di Ampang, Kuala Lumpur. 

“ Ia merupakan salah satu usaha badan NGO di bawah naungan Janna iaitu Wish For Their Hope (WFTH). Setakat ini, tabung khas ini sudah berjaya mengumpul RM 2000.

“ Dah lama saya impi untuk memulakan projek ini di mana wang kutipan disalurkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Menggunakan kelebihannya sebagai seorang selebriti popular dan memiliki ramai pengikut di Instagram, ini mungkin peluang terbaik buat Janna.

Janna juga membuat kunjungan khas ke Rumah Kasih Nurul Nasuha di Ampang, Kuala Lumpur untuk menyerahkan bantuan berupa barangan keperluan asas dan wang tunai.

Sejak Rabu minggu lalu, tindakan Janna yang mengenakan bayaran untuk setiap caj RM 50 untuk setiap ucapan di laman Instagramnya menimbulkan kekecohan di sosial media. Apapun, well done Janna! 

SGMS Faida