Netizen Sindir Nabil Ahmad Gara-Gara Pergi Konsert Dewa 19

Kumpulan pemuzik terkenal Indonesia, Dewa 19 telah mengadakan Konsert Jelajah Ulang Tahun Ke-30 di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil pada Jumaat dan Sabtu.

Biarpun cuaca hujan, seramai 8,000 penonton tetap setia berada di konsert untuk menyaksikan persembahan luar biasa kumpulan itu.

Antara selebriti yang tidak ketinggalan ke konsert tersebut adalah pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad yang ke konsert berkenaan bersama isterinya.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Nabil dilihat telah memuat naik video ketika berada di sana serta mengatakan konsert Dewa 19 itu sangat menyeronokkan.

“Oo best-best Dewa19 semalam,” tulisnya.

Dalam video berdurasi 49 saat itu memaparkan Nabil dan isteri sedang dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu popular dari kumpulan Dewa 19 itu.

@nabilofficial83 Oo best2 Dewa19 semalam. #fyp #konsertdewa19kualalumpur ♬ original sound – Nabilahmad

Namun, hasil tinjauan XTRA mendapati rata-rata netizen meninggalkan komen seolah-olah menyindir pengacara tersebut apabila tidak terlupa tarikh seperti konsert Billie Eilish sebelum ini.

Konsert Dewa 19 mempersembahkan kehandalan lima vokalis hebat Ahmad Dhani, Virzha, Once Mekel, Ari Lasso dan Ello buat pertama kalinya di sebuah konsert mega di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih RM2,500 Lesap, Nabil Ahmad Terlepas Konsert Billie Eilish! Netizen – “Syukur Dilindung Pak Haji”

Sumber: TikTok nabilofficial83Kumpulan pemuzik terkenal Indonesia, Dewa 19 telah mengadakan Konsert Jelajah Ulang Tahun Ke-30 di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil pada Jumaat dan Sabtu.

Biarpun cuaca hujan, seramai 8,000 penonton tetap setia berada di konsert untuk menyaksikan persembahan luar biasa kumpulan itu.

Antara selebriti yang tidak ketinggalan ke konsert tersebut adalah pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad yang ke konsert berkenaan bersama isterinya.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Nabil dilihat telah memuat naik video ketika berada di sana serta mengatakan konsert Dewa 19 itu sangat menyeronokkan.

“Oo best-best Dewa19 semalam,” tulisnya.

Dalam video berdurasi 49 saat itu memaparkan Nabil dan isteri sedang dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu popular dari kumpulan Dewa 19 itu.

Namun, hasil tinjauan XTRA mendapati rata-rata netizen meninggalkan komen seolah-olah menyindir pengacara tersebut apabila tidak terlupa tarikh seperti konsert Billie Eilish sebelum ini.

Konsert Dewa 19 mempersembahkan kehandalan lima vokalis hebat Ahmad Dhani, Virzha, Once Mekel, Ari Lasso dan Ello buat pertama kalinya di sebuah konsert mega di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih RM2,500 Lesap, Nabil Ahmad Terlepas Konsert Billie Eilish! Netizen – “Syukur Dilindung Pak Haji”

Sumber: TikTok nabilofficial83

Khairil Khusyairi