“Pemimpin Yang Hebat” – Nama Bayi Uyaina & Syahiran Diambil Dari Nama Sultan Empayar Uthmaniyyah

Pasangan selebriti, Uyaina Arshad dan Raja Syahiran mengumumkan nama bayi mereka selepas 4 hari dilahirkan.

Menerusi perkongsian di Instagram, pasangan tersebut memuat naik gambar mereka bersama bayi sekali gus memaklumkan kepada umum nama bayi sulung mereka dengan nama Raja Urhan bin Raja Syahiran.

“Assalamualaikum semua!

“Meet Raja Urhan bin Raja Syahiran,” tulis pasangan tersebut.

Jelasnya lagi, nama Urhan diambil dari nama Sultan Empayar Uthmaniyyah yang kedua iaitu Sultan Orhan Ghazi yang juga bermaksud pemimpin yang hebat.

“‘Urhan’ bermaksud Pemimpin Yang Hebat, A Great Leader.

“Selain dekat dengan nama ibu kami yang tercinta ‘Noor Alhan’, nama ‘Urhan’ juga diambil dari nama Sultan Empayar Uthmaniyyah yang kedua iaitu Sultan Orhan Gazi.

“Semoga Raja Urhan membesar menjadi seorang khalifah yang baik di muka bumi ini dan dapat memberi kebaikan kepad ramai orang, Aamiinn.

“And so…our parenthood journey begins. Bismillah,” jelasnya.

Uyaina selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan pada 8 September lalu di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Raja Syahiran dan Uyaina mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad & Raja Syahiran Selamat Timang Cahaya Mata!

Sumber: IG uyainaarshad

Khairil Khusyairi