Nadia Brian Dilabel Seksi Kerana Hasil Kerja

Pelakon, Nadia Brian menjawab dakwaan dirinya dijadikan simbol ‘seks’ oleh sesetengah warganet apabila sering tampil dengan imej seksi.

Nadia mengakui dirinya tidak boleh mengawal persepsi warganet untuk melabel dirinya sebagai simbol ‘seks’ malah hanya dirinya dan keluarga sahaja yang tahu bagaimana mengenai dirinya yang sebenar.

“Bagi saya, dikatakan simbol itu, saya pun tidak tahu mengapa.

“Saya tidaklah terlalu seksi ataupun menunjukkan ‘aset’. Mungkin saya keluarkan seksi saya dari hasil kerja sebab itu orang akan label saya seksi,” kata Nadia.

Tambah Nadia, dia juga mengakui masih menerima mesej ‘nakal’ daripada lelaki dengan menggunakan akaun palsu.

“Itulah lelaki-lelaki yang berotak kuning ini.

“Tak kisahlah bertudung ataupun tidak, selagi bergelar wanita pasti ada lelaki yang berfikiran kuning itu.

“Memang ada (gangguan), cuma saya akan terus sekat dan orang macam ini memang sakit otak,” katanya.

Nadia atau nama lengkap Nadia Najwa Mohamed Rashidi menasihati warganet agar tidak berlebihan dan perkara tersebut boleh dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Disoal mengenai imejnya yang dikatakan seksi itu menyebabkan dirinya mudah didekati, Nadia memberitahu seksi itu adalah subjektif.

“Saya suka feminin sebenarnya, orang ingat feminin, orang ingat seksi.

“Saya sangat feminin, wanita sejati dan saya cuma jadi diri saya,” jelasnya.

Sumber: TV3MALAYSIA Official

Khairil Khusyairi