“Niat Saya, Sarah Terima Baik Poligami” – Kecewa Tak Dapat Bersemuka, Syamsul Yusof Tetap Mahu Berbincang

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof meluahkan rasa kecewa apabila tidak dapat berbincang secara bersemuka dengan isterinya, Puteri Sarah Liyana ketika hadir ke sesi bersama Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan krisis rumah tangga di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini.

“Saya mengharapkan tadi dapat berjumpa Sarah sebenarnya, jumpa isteri saya tapi rupanya proses masuk ke bilik tersebut berbincang secara separate. Tak apalah saya turuti benda tu,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi video temu bual official hlive, Syamsul turut berharap isteri pertamanya itu dapat menerima poligami dengan baik dan tetap mahu berbincang jika masih tidak boleh menerima.

“Saya mengharapkanlah masalah rumah tangga saya dapat diselesaikan dengan baik. Harap Sarah boleh menerima poligami ini dengan baik juga sekiranya dia tidak boleh menerima poligami ini sekalipun saya tetap mahu bebrincang.

“Apa saya kata saya mengharapkan dia ada, saya boleh bersua muka dengan dia tadi boleh duduk satu bilik rupanya bukan begitu. Itu yang saya frust sikit,” ujarnya.

Malah, Syamsul memaklumkan bahawa dia bukan menyerang Sarah tetapi hanya mengikuti perintah mahkamah dan masih dengan niat berharap Sarah menerima poligami ini.

“Saya di sini bukan menentang isteri saya, menyerang Sarah ke tidak. Saya hanya menuruti perintah mahkamah, JAWI. Saya follow the flow tapi niat saya mengharapkan Sarah menerima poligami ini dengan baik.

Pada 21 Mac lepas, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor dengan mendakwa isterinya itu berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang berstatus suami orang, tidak patuh notis nusyuz, keluar dari rumah sejak Oktober 2020, memfitnahnya memukul dan tidak memberi nafkah.

Artikel Berkaitan: Bakal Guna Khidmat Hakam, Puteri Sarah Tetap Pendirian Ingin Bercerai – ‘Tak Nak Jumpa, Tak Nak Sebilik.. Saya Penat!”

Artikel Berkaitan: Nafi Dakwaan Persetubuhan Luar Nikah, Syamsul Yusof Maklum Ira Kazar Bakal Saman JAWI

Artikel Berkaitan: Sharnaaz Ahmad Takkan Tarik Diri Dari Filem Original Gangster – “Kami Sokong & Hormat Syamsul Yusof Sebagai Pengarah”

Sumber: officialhlive

Atiqah Johari