Hiburan By: Del14 September 25, 2019 @ 8:03pm

Nik Michael Tak Galakkan Anak Pilih Cef Sebagai Kerjaya Tapi Mesti Pandai Memasak

Siapa ingat dengan ‘chef’ selebriti, Nik Michael Imran? Pernah mengacarakan program Helo Bro…Tolong Masak, Dapur Panas dan memiliki restoran sendiri, PickNick, di Solaris Dutamas, Publika suatu ketika dahulu, kini Nik lebih selesa menumpukan perhatian kepada perniagaan katering yang diusahakan kerana ia memberinya peluang untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

Memetik laporan BH, kelahiran anak sulung perempuannya sembilan bulan lalu, Nik Rumi Iman, hasil perkongsian hidup dengan Siti Nadiah Shahril, mengubah fokus hidupnya dan dia lebih senang untuk menggunakan setiap detik bersama anak dan keluarga. 

“Kehadiran anak banyak mengubah corak hidup saya, malah saya sangat hargai setiap detik kami lalui bersama.

“Jika ada masa terluang, saya akan memasak untuk anak dan keluarga.  Biarpun masih kecil, saya sudah mendedahkan dirinya untuk membiasakan diri dengan suasana di dapur,” kata Nik lagi. 

Walau bagaimanapun, Nik tidak menggalakkan anaknya mengikut jejaknya sebagai cef. 

“Saya tidak kisah jika dia menunjukkan minat dalam bidang masakan, tetapi untuk menjadikannya sebagai cabang kerjaya, saya tidak begitu menggalakkan.  Namun, sebagai anak perempuan, dia perlu pandai memasak,” katanya. 

Dalam perkembangan terbaru, Nik atau nama penuhnya Nik Michael Imran Nik Ezar bakal bergandingan bersama penyanyi dan pengacara, Alif Satar, mengendalikan pertandingan ‘MastaClass Goreng’ di mana 20 pemenang bertuah akan muncul dalam program masakan yang akan disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook Minyak Masak Alif dan saluran YouTube Alif Satar.   

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Dec 2019

Salt Bae Lengkapi Bulan Madu Ain Edruce!

Tak kisah yang lain..tapi cemburu Ain jumpa Salt Bae!!!

Eat Travel Sun, 21 Aug 2022
Events Mon, 13 Jan 2020

MASDO Tampil Dengan Album Jalan Abbey

Dengar cerita, cetakan pertama album ini telahpun sold out guys!

Featured Fri, 24 Mar 2023
Featured Tue, 11 Jul 2023
Featured Wed, 29 Dec 2021

“Ibu Look, I Made It” – Zynakal Tak Sangka Menang Anugerah Komposer Muda Berpotensi

Penyanyi Zynakal meluahkan rasa gembira apabila memenangi anugerah Komposer Muda Berpotensi di Anugerah Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) 2021 yang berlangsung di The Bee, Publika pada Selasa. Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq […]

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

‘Stop Kecam Dia Okay, Dia Tak Salah’- Isteri Tauke Jambu Minta Maaf Atas Dakwaan Suami Curang

Sedangkan lidah lagi tergigit…apatah lagi pasangan suami isteri. Betul tak? Semoga terus memeluk bahagia Tauke & Yaya!