Nina Iskandar Selamat Lahirkan Anak Sulung

Pelakon jelita, Nina Iskandar memaklumkan dia selamat melahirkan anak seterusnya bergelar ibu, pagi ini.

Hal ini dikongsikan oleh Nina menerusi Instagramnya, sebentar tadi. 

Pelakon berusia 28 tahun ini memberitahu dia sepatutnya melahirkan pada tahun 2020.

“Saya percaya bahawa perancangan Allah adalah lebih baik. Assalamualaikum dan selamat datang ke dunia, anakku.

“Tak kira dunia atau akhirat kamu rahmat dan pemberian tak ternilai daripada Allah yang memberikan gelaran ‘ibu’ buat saya. 

“Kamulah tanggungjawab saya sekarang dan saya bersumpah akan melindungimu dan menjaga kamu sepanjang hayat. 23 Disember menjadi tarikh keramat kelahiran anak sulung saya. Alhamdulillah,” tulis Nina.

Nina dan suaminya, Azlan Adzanan atau lebih dikenali sebagai Lan Lebah bernikah pada April lalu dalam sebuah majlis tertutup. Pasangan ini kemudian diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang diadakan di Cheras, Selangor. 

Tahniah buat Nina & Lan Lebah! 

SGMS Faida