“No Fake Stuff!” – Anzalna Nasir Spend Beribu Beli Baju Jenama Mewah Untuk Anak, Netizen Anggap Membazir

Sudah menjadi lumrah untuk setiap ibu bapa menyediakan keperluan anak-anak dengan sempurna dan secukupnya mengikut kemampuan masing-masing.

Namun, ada pihak yang mula menganggap pelakon Anzalna Nasir membazir kerana membeli pakaian berjenama mewah buat anaknya yang mencecah ribuan ringgit.

Beberapa jam yang lalu, pelakon jelita itu telah membuka ruangan soal jawab untuk pengikutnya bertanya apa sahaja yang mereka ingin tahu menerusi Instagram Story.

Walaubagaimanapun, salah seorang pengikutnya telah bertindak mempersoalkan tindakan pelakon drama bersiri Love You Mr Arrogant itu membeli baju berjenama untuk anak-anaknya.

“Tak rasa membazir ke beli baju-baju anak harga beribu? Pernah beli yang fake tak?” soal seorang pengikutnya.

Menurut pelakon itu, dia tidak pernah membeli barangan tiruan untuk anak-anaknya kerana segan jika diketahui ramai.

Anzalna juga sempat berpesan agar tidak berkira dengan anak dan berbelanja mengikut kemampuan walaupun tidak berjenama.

“Ada rezeki lebih kongsi dengan anak. Jangan berkira sangat. Anak pembawa rezeki. No fake stuff! Kesian anak kalau orang tau buat malu saja lebih baik shopping ikut kemampuan diri walaupun tak berjenama,” balas Anzalna.

Sebelum ini, pelakon itu telah memuat naik videonya yang baru membeli baju untuk anak-anaknya dari beberapa jenama pakaian terkemuka di Instagram miliknya, semalam.

“Self therapy. I dont mind spending on my kids as long as they look good,” tulis Anzalna.

Kebanyakkan pengikutnya kagum dengan sikapnya yang tidak kisah berhabis duit untuk anak-anak asalkan kekemasan dalam berpakaian mereka terjaga.

“Setuju.. Saya pun kalau ada untung niaga memang beli baju anak-anak dulu walaupun setakat kat Shopee, yang murah-murah.. Janji untuk anak dulu.. Ibu tak ada, tak apa.. Mak-mak sangat,” komen seorang peminatnya.

“Yess betul.., Akak masa anak kecik macam tu jugak,” tulis seorang pengikutnya.

“Setuju! Almari anak dah macam shopping mall sebab banyak baju baru,” komen seorang netizen.

Fatin Nurain