[VIDEO] “Dia Lagi Penang Daripada Baba Dia” – Comelnya! Netizen Terhibur Dengan Loghat Jebat Jayden

Gelagat spontan dan comel anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden membuatkan netizen tidak kering gusi.

Sebelum ini, anak hasil perkahwinan dengan usahawan Noor Nabila ini pernah viral dengan ayat-ayat seperti “Fiderman” dan “tangan baby yosak”.

Baru-baru ini, Jebat sekali lagi mencuit hati netizen apabila loghat yang digunakan terdengar lebih ‘Penang’ daripada bapanya.

Menerusi perkongsian video di Tiktok milik Nabila, Jebat memberitahu ibunya yang dia membeli air soya yang terdengar seperti loghat Penang.

Nabila bertanyakan Jebat air apa yang dibelinya.

“Air soyaq,” kata Jebat.

@noornabila00 Jadiiii rojak anakkku oi #jebatjayden #kidsoftiktok #fyp #fypシ ♬ original sound – Noor Nabila

Di ruangan komen, ramai netizen yang terhibur dengan loghat yang digunakan si comel ini dan membandingkan dengan loghat bahasa utara bapanya.

Maya Basir