“Lebam Sebesar Tapak Tangan Dari…” – Rakan Siti Bainun Bongkar Bentuk ‘Penderaan’: Tetamu Disajikan King Crab, Bella Dipaksa Makan Nasi Penuh Cili Padi!

Prosiding perbicaraan kes penderaan yang melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dan remaja perempuan sindorm down, Bella kini telah bersambung.

Saksi kelapan pendakwaan yang merupakan rakan baik kepada suspek memberitahu di Mahkamah Sesyen pada Isnin bahawa kecederaan Bella paling ketara dan teruk ialah pada 13 Jun 2021.

Mengulas lebih lanjut, saksi dikenali sebagai Suhana Zam, 40, iaitu seorang Pegawai Penyelidik Undang-undang di sebuah firma guaman berkata dia sering ke kondominium Siti Bainun yang terletak di Wangsa Maju.

Semasa beliau berada di sana, Siti Bainun menyajikan tetamunya dengan makanan mewah ‘shell out’ King Crab namun Bella dikatakan didera dengan makan nasi goreng dipenuhi cili padi.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku dalam dua kejadian berasingan iaitu pada Mei dan Jun 2021.

Jelas beliau, Suhana berkata dia ternampak kecederaan yang teruk di muka anak syurga iaitu lebam sebesar tapak tangan bermula dari kening sehingga bawah mata.

Malah, saksi turut mendedahkan rambut remaja malang itu dipotong pendek hingga ‘tobek’ dan kelihatan trauma.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad yang bertanya perihal kejadian itu, saksi menjawab Siti Bainun beritahunya Bella ‘bergaduh’ dengan penghuni lain serta enggan membawa mangsa ke klinik kerana dipercayai telah letak diubati.

Selain itu, saksi ini berkata pada bulan Mei tahun sama, Siti Bainun pernah memegang dagu remaja sindrom Down itu dan memaksanya untuk makan nasi goreng bercampur cili dalam nisbah yang banyak.

Dalam pada itu, saksi yang mengenali Siti Bainun bermula 2009 hingga 2022 mendedahkan bentuk penderaan yang dilakukan terhadap Bella.

Menurutnya, anak syurga berusia 13 tahun itu dipaksa makan cili, dijerit, berdiri dan duduk selama berjam-jam. Namun, beliau tidak pernah nampak Bella disimbah air panas atau dipukul dengan besi langsir.

Terdahulu, Siti Bainun didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menganiaya, mengabaikan dan mendera remaja sindown down sehingga Bella mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Sumber: Sinar Harian

Aqilah Paharuzi