Pasangan selebriti popular, Mizz Nina dan anggota kumpulan Hujan iaitu, Noh Salleh didakwa sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada Khamis.

Memetik laporan Harian Metro, pasangan ini terlebih dahulu memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di Mahkamah sama.

Manakala, perceraian mereka direkod dibawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.

Isu ini diketahui umum selepas seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @thentang membuat ciapan berkenaan isu perceraian kedua-dua selebriti ini.

Terdahulu, Noh pernah menolak dakwaan kononnya rumah tangganya bersama Mizz Nina sedang bergolak dengan mengatakan ia hanyalah ‘fake news’.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Rumah Tangga Didakwa Bergolak, Noh Salleh Buka Mulut – “Apa Yang Boleh Saya Katakan….”

Namun, dakwaan mengenai keretakan rumah tangga pasangan ini semakin kuat apabila Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 42 dilihat memuat naik beberapa hantaran berupa ‘quotes’ yang dilihat seolah-olah menggambarkan tentang detik sukar yang terpaksa dilaluinya kini menerusi Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN:Mizz Nina Sedang Lalui Detik Sukar? – “Hanya Allah Yang Mengetahui Apa Yang Terbaik…”

ARTIKEL BERKAITAN:Tempoh 11 Tahun Bukan Penghalang Buat Mizz Nina & Noh Hujan Miliki Musa – “Jika Allah Berkehendak, Tiada Apa Yang Dapat Menghalangnya”

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian Xtra di akaun Instagram aktivis kemanusian itu, rata-rata warganet membanjiri ruangan komen dengan menitipkan kata-kata semangat buat Mizz Nina

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan ruamh tangga pada 2 Julai 2011 dan pada April lalu, pasangan itu tampil memperkenalkan anak angkat mereka yang diberi nama, Musa.

ARTIKEL BERKAITAN:Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke -10, Mizz Nina Beri Ucapan Istimewa Buat Noh Hujan

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Aku Tiba-Tiba Mati, Tolong Jaga Nina & Musa, Aku Mohon…” – Noh Salleh Titip Pesan Sempena Ulang Tahun Kelahirannya

ARTIKEL BERKAITAN:‘Takut Dengan Tuhan Bukan Netizen’- Noh Hujan Sound Siapa?

 

Sumber: Harian Metro

Salma Syahbuddin