“Jangan Malu Jadi Bodoh. Pergi Belajar!” – Izara Aishah Tempelak Siapa Tu?

Pelakon jelita, Izara Aishah tampil membidas komen netizen yang berbaur negatif sehingga menggelar dirinya bodoh di ruangan media sosial Twitter.

Perkara ini tercetus setelah Izara memberi pandangannya mengenai isu menegur aurat wanita secara terang-terangan yang telah diulasnya menerusi sebuah video tular baru-baru ini.

Menurut Izara, dia tidak bersetuju dengan tindakan lelaki berkenaan kerana menegur wanita tersebut secara umum dan seharusnya menundukkan pandangannya saja.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Insiden Lelaki Tegur Aurat Wanita Secara Terbuka, Pendapat Izara Aishah Dikecam Warganet – “Niat Untuk Menginsafkan Atau Memalukan?”

Netizen tersebut berpendapat bahawa Izara adalah seorang selebriti yang ‘bodoh’ bab hukum agama Islam.

“Boleh tahan bodoh juga Izara Aishah ni. Bab tegur, reti guna hukum Islam. Tak tutup aurat, tak guna hukum Islam, hehe,” tulis netizen berkenaan.

Tidak berdiam diri, Izara tampil membidas komen negatif tersebut dengan menyuruh netizen berkenaan untuk belajar perbezaan dalam memberi teguran secara umum dan privasi.

“Takde siapa cakap tak boleh tegur. Tak tutup aurat tu satu dunia tau dan dia pun telah dihina sekali dengan orang yang macam kau.

Teguran tak ramai tahu. Jadi pergi belajar. Jangan malu jadi bodoh. Bodoh tu tak kekal kalau ada rasa sentiasa nak belajar,” balasnya menerusi ciapan di Twitter miliknya.

Artikel Berkaitan: Netizen Persoal Niat Izara Aishah Berhasrat Mahu Menetap & Meninggal Di Madinah?

Aqilah Paharuzi