Categories: Hiburan

Nora Danish Sukar Melahirkan Anak Secara Normal?

Pelakon yang mempunyai pengikut IG paling ramai – 5.1 juta – sudah 7 bulan mengandung namun Nora Danish masih mahu berahsia mengenai jantina anak dalam kandungannya.Jika dilihat pada perutnya yang bulat dan besar… rasanya anak perempuan haha… meh kita teka?
Seperti kata Nora, “doktor pun kata bayi ini besar berbanding anak pertama dulu dan mungkin sukar melahirkan cara normal tetapi segalanya berserah nanti mengikut situasi masa nak bersalin,” ujar Nora yang dijangka melahirkan anaknya pada awal bulan Mac tahun hadapan.
Pun begitu Nora yang sudah hampir 9 tahun tidak melahirkan anak tetap rasa ‘nervous’ maklumlah sudah lama kan… tetapi apa pun persiapan untuk bayi sudah dibuat khususnya barang-barang keperluan.
Begitu juga bab nama… beberapa nama sudah pun disenaraikan tetapi nama tetap akan bermula dengan huruf ‘N” sama seperti Nora dan suaminya, Nedim. Nora bernikah  dengan Nedim Nazri pada 3 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup.
Terkini, Nora memperkenalkan produk terbaharunya “Oh Most Wanted”  di mana beliau antara pengarah syarikat bersama suami dan teman-teman lainnya.
Istimewanya produk kecantikan yang diinspirasikan dari Perancis tetapi buatan tempatan ini  adalah gabungan solekan dan perawatan sekali gus … jadi kerana itu ia disebut sebagai cosmeceutical dengan tagline ‘it seals, it heals
SGMS Putri