Categories: Hiburan

Tidak Tanggung Dosa Lagi Jika Drama Terdahulu Masih Dimainkan

Pelakon tidak menanggung dosa kerana mendedahkan aurat dalam drama yang dilakonan dahulu diulang siar oleh stesen televisyen sekiranya seseorang pelakon sudah bertaubat.

Menurut penceramah bebas, Ustaz Mohd Safwan Syafiq, sudah menjadi tanggungjawab stesen televisyen yang sepatutnya menghormati keputusan mana-mana pelakon untuk tidak menyiarkan semula drama lama mereka.

“Bahagian pelakon itu sudah selesai selepas dia bertaubat. Dosa dia tidak menutup aurat yang disiarkan semula dalam drama lakonannya tidak pergi semula kepadanya.

“Bukan dia yang minta cerita itu dikeluarkan, malah menyesal dengan perbuatan dilakukan,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Norkhiriah berkata, dia takut untuk menanggung dosa apabila auratnya dalam drama tersebut menjadi tontonan.

Safwan turut mengingatkan agar, mana-mana pelakon yang sudah menutup aurat tidak perlu mempromosi dan menggalakkan penonton untuk melihat semula lakonan ketika tidak menutup aurat itu.

“Perkara itu sudah lepas dan tiada dosa, namun begitu dia tidak boleh mempromosi dan galakkan orang untuk menonton semula drama itu,” jelasnya.

SGMS Putri