Categories: Trending

Hukuman Penjara 13,275 Tahun Siapakah Dia?

Sebuah mahkamah di Thailand menjatuhkan hukuman penjara 13,275 tahun ke atas seorang lelaki kerana menipu 570 juta Baht (kira-kira RM73 juta) daripada lebih 2,500 orang melalui satu skim pelaburan palsu.

Menurut laporan media tempatan hari ini, lelaki terbabit, Phudit Kittitradilok didapati bersalah berhubung penipuan awam dan pengubahan wang haram dengan skim pelaburan yang didalanginya dari Ogos 2015 sehingga September 2016.

Walaupun ramai yang terkejut dengan tempoh hukuman ke atas lelaki itu yang dijatuhkan oleh Mahkamah Jenayah Thailand, ia masih lagi belum mampu memecah rekod lama pada tahun 1989 apabila sebuah lagi mahkamah menjatuhi hukuman penjara 141,078 tahun ke atas seorang bekas pekerja Pihak berkuasa Petroleum Thailand, Chamoy Thipyaso.

Thipyaso dijatuhkan hukuman atas kesalah penipuan korporat. Kittitradilok ditahan polis pada Ogos tahun in berikutan waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah. Mahkamah menjatuhi hukuman penjara lima tahun bagi setiap 2,653 pertuduhan penipuan awam dan 10 tahun untuk pengubahan wang haram. Menjadikan jumlah keselurahan hukuman penjara yang terpaksa dia hadapi ialah 13, 275 tahun.

Bagaimanapun, mengikut undang-undang, lelaki berusia 34 tahun itu hanya akan dipenjara maksimum selama 20 tahun mengikut tempoh yang sebenar. Pada mulanya, Kittitradilok menafikan kesemua tuduhan semasa siasatan polis, tetapi mengaku bersalah semasa menghadapi tuduhan yang menyebabkan mahkamah mempertimbangkan dan mengurangkan hukuman penjaranya sehingga separuh menjadi 6,637 tahun dan enam bulan.

Sumber: Bangkok Post

SGMS Putri