Categories: LIFESTYLE

5 Peralatan Elektrik Penyebab Bill TNB Tinggi

Pastinya ramai yang belum tahu ataupun sudah tahu tapi tak endah bahawa jika anda membiarkan peralatan eletrik dengan yang masih bersambung dengan soket, elektrik masih berjalan walaupun perlatan tersebut tidak digunakan. Sebab itu kadang-kala anda mungkin tersedar ataupun merungut bil eletrik masih tinggi walaupun anda menggunakan peralatan elektrik secara minimum.

Jadi, kami ingin kongsikan dengan anda 5 jenis peralatan eletrik yang masih ‘menelan’ tenaga walaupun tidak duguna selagi mana plug masih bersambung dengan soket. Jom lihat apakah peralatan elektrik yang masih mengecas walaupun ‘OFF”

Pengecas Telefon

Ini adalah antara peralatan yang paling sering digunakan oleh umat manusia kerana pada hari ini, hampir sukar mencari manusia yang boleh ‘hidup’ tanpa telefon di tangan. Jadi sudah tentulah ia peralatan yang paling banyak dibiarkan ‘melekat’ pada soket elektrik di rumah masing-masing.

Dekorder Televisyen (TV) Digital 

Bagi mereka yang melanggan perkhidmatan TV berbayar, pasti tahu apa itu dekorder tv. TV dan manusia memang tidak dapat dipisahkan kerana dari dahulu lagi ia menjadi medium utama untuk manusia berhibur sama ada untuk menonton drama mahupun sekadar menonton berita. Jadi, sudah tentu ada yang malas mahu menutup plug dekorder, nanti senang nak buka tv hanya perlu capai alat kawalan jauh sahaja.

Televisyen

Kalau di atas tadi adalah dekorder, yang ini adalah tv itu sendiri sebab kalau anda ada dekorder dah tentulah anda juga ada tv.

Komputer

Tak kiralah sama ada PC mahupun Laptop, kedua-duanya memang menggunakan tenaga yang sangat banyak. Terutamanya PC, kami sangat yakin bahawa memang plugnya tidak pernah diusik daripada soket eletrik. Tak percaya? Pegilah tengok PC masing-masing jika anda memilkinya.

 Peralatan Elektrik Dengan Fungsi Pemasa.

Mungkin tidak setiap rumah mempunyai perlatan secanggih ini, tetapi bayangkanlah jumlah tenaga yang dibazirkan setiap hari yang mungkin boleh disalurkan untuk penggunaan yang lebih berfaedah.

Ia bukan kerja yang sukar untuk menanggalkan plug peralatan-peralatan yang dinyatakan di atas, dan pada masa yang sama ia juga salah satu cara untuk anda berjimat cermat. Tak salah berjimat cermat bukan

Credit: Deposit photos

SGMS Putri