TAHNIAH! ZIZIE IZETTE DAPAT ANAK KEMBAR, TAK KISAH BERAT NAIK HAMPIR 90KG DEMI ANAK

Tahniah diucapkan kepada Datin Zizie Izette yang telah selamat melahirkan bayi kembarnya semalam. Menurut laman Instagram milik Zizie, kedua-dua bayi kembar lelaki itu selamat dilahirkan secara C-section pada pukul 5.48 dan 5.50 pagi di Hospital Prince Court Medical Centre.

Sumber: Instagram Zizie Izette

Bayi kembar lelaki itu merupakan anak sulung hasil perkahwinannya bersama Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar. Pasangan ini turut mempunyai dua orang anak angkat yang diberi nama Naila Nurjannah dan Aaric Zayn Izette. Wah! nampaknya semakin meriah rumah Zizie nanti ye.

Zizie bersama anak angkatnya, Aaric Zayn Izette

Menerusi laman Instagram miliknya, Zizie menjelaskan bahawa kedua-dua bayi kembar itu dijangka dilahirkan pada tarikh hari lahirnya tetapi melalui proses C-section mereka dilahirkan sehari lebih awal. Namun begitu, Zizie meluahkan perasaan syukur kerana kedua-dua anaknya dilahirkan dalam keadaan sihat.

Instagram milik Zizie turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada netizen dan rakan-rakan artis yang turut sama bergembira dengan kelahiran bayi kembar tersebut.

Dalam satu post di Instagramnya, Zizie turut meluahkan bahawa berat badannya naik hampir 90 kg sepanjang mengandungkan anak kembarnya namun dia percaya berat badannya akan turut seperti sedia kala selepas proses berpantang.

Sekali lagi, kami di Xtra mengucapkan tahniah kepada pasangan ini! Selamat berpantang, Zizie! 

Ad Ops