Nora Danish Tak Senang Duduk Tonton Filem Mat Kilau – “Cuma Tak Puas Hati…”

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan sehingga kini masih mendapat sambutan hangat meskipun telah lebih sebulan ditayangkan.

Tidak melepaskan peluang, pelakon jelita Nora Danish turut mengambil kesempatan untuk menonton filem epik Melayu itu di pawagam.

Setelah menonton filem Mat Kilau, Nora berkata dia bersemangat untuk mempelajari ilmu silat gara-gara terpegun melihat setiap bunga dan langkah silat yang dipersembahkan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Filem Mat Kilau Raih RM90 Juta, Ini Ucapan Puteri Sarah Pada Suami – “Tahniah Mohd Syamsul, Saya Tahu…”

Artikel Berkaitan: “Mat Kilau Tak Sempurna Kalau Saya Ikut Peraturan…” – Kutipan Cecah RM90 Juta, Syamsul Yusof Tak Setuju Wujud Undang-Undang Perfileman

“Selepas tengok Mat Kilau rasa nak belajar silat pun ada. Sangat cantik bunga dan langkah para pemain. Hebat semuanya,” katanya menerusi Instangam Story miliknya.

Sementara itu, Nora turut menceritakan pengalaman semasa menonton filem tersebut di mana dia seperti ‘cacing kepanasan’ dan tangannya berpeluh.

“Tangan basah tau tengok cerita ini, sangat-sangat mencemaskan. Tak senang duduk dibuatnya. Macam tengok WWF pun ada. Setiap kali tumbukan atau sepakan mengena, kita pun jerit ‘yeay’.

“Director pandai ambik angle mencantikkan semua segi. Nampak sangat kemas. Goosebumps setiap kali hero-hero kita muncul. Kudos to everyone!” tulis Nora.

Dalam pada itu, pelakon sitkom Puteri ini turut meluahkan rasa kecewa terhadap pengakhiran filem ini iaitu watak Wahid yang dilakonkan oleh Beto Kusyairy mati di tangan pembunuh upahan British.

“Cuma tak puas hati kenapa Wahid tumpas… Pengakuan, kita nangis bila scene Awang insaf. Rasaaa! Dan pemilihan Mat Kilau, memang TEPAT!” luahnya.

Untuk rekod, filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof dan diterbitkan oleh Studio Kembara berjaya mengaut kasil kutipan sebanyak RM90 juta selepas 33 hari ditayangkan.

Artikel Berkaitan: “Memang Dia Seorang Yang…” – Netizen Dakwa Beto Kusyairy Lebih Layak Pegang Watak Mat Kilau, Ini Respons Adi Putra

Aqilah Paharuzi