Terlalu Subur? Doktor Saran Iqbal Zulkefli Kahwin Cepat, Elak Tertekan – “Entahlah… Kahwin Stress, Tak Kahwin Pun Stress”

Usahawan selebriti, Ahmad Iqbal Zulkefli mengakui diberi saranan  oleh doktor untuk berkahwin cepat kerana terlalu subur.

Berkongsi mengenai perkara tersebut, Iqbal memaklumkan perkara itu selepas menerima hasil ujian kesuburan yang dilakukannya sebelum ini meskipun belum berkahwin.

“Sebelum perkahwinan (tidak jadi) hari itu, saya sudah jumpa doktor untuk periksa kesuburan. Alhamdulillah semua baik. Malah doktor sarankan saya berkahwin awal sebab terlalu subur.

“Sampai sekarang doktor gelakkan saya apabila kami berjumpa. Doktor risau saya menjadi stress (tertekan).

“Entahlah berkahwin pun jadi stress. Tak berkahwin stress lain pula. Apa pun tentang zuriat, terserah kepada Allah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Dia Wanita Pertama & Terakhir Yang Saya Sentuh” – Komen Iqbal Menerusi IG Live DSV Undang Spekulasi

ARTIKEL BERKAITAN:“Andai Kekasih Saya Seorang Pelac*r Atau Miskin Saya Boleh Terima Jika…” – Iqbal Dedah DSV Siap Tawar Kereta RM3 Juta

Sementara itu, Iqbal juga turut berkongsi anggaran kos bagi menjalani rawatan kesuburan tersebut.

“Kos test (ujian) kesuburan air mani lelaki RM150-RM400. Tetapi dengan doktor saya, RM50 sahaja. Doktor akan periksa kuantiti, bentuk dan pergerakan sperma (sperm motility).

“Sebelum test kita perlu puasa atau tidak boleh bersama sekurang-kurangnya tiga hari. Amat menyeksakan. Elakkan minum kopi dan tidur mesti cukup rehat.

“Doktor saya ada bagi tip untuk banyakkan kuantiti sperma. Itu rahsia tak boleh cerita di sini. Rawatan in tidak semestinya untuk orang berkahwin sahaja,” jelasnya.

Terdahulu, menerusi perkongsian di Instagram Stories miliknya, penyanyi yang popular dengan lagu Hujan ini ada berkongsi mesej langsung (DM)  yang dihantar oleh doktor beliau.

“Awak sangat berani dan cakap pun dengan fakta yang betul. Penting untuk buat ujian sperma sebelum kahwin untuk melihat kesuburan dari mereka yang in denial lepas kahwin sampai tak mahu buat ujian tersebut. 

“Tahniah Iqbal! You did the right thing,” tulisnya.

Iqbal juga berkata, terdapat lebih 100 DM telah diterimanya berkenaan perkongsian inis, sekaligus menolak pendapat dan pandangan skeptikal masyarakat terhadap isu kesihatan melibatkan pentingnya melakukan ujian sperma sebelum berkahwin.

 

Sumber: Kosmo, Instagram

Salma Syahbuddin