Nourul Depp Selamat Lahir Anak Keempat, Tahniah!

Penyanyi, Nourul Depp, 42, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.02 kilogram melalui pembedahan pada jam 11.12 malam, semalam.

Nourul berkongsi berita kelahiran bayi yang diberi nama Isabella Depp itu menerusi akaun Instagramnya pagi ini.

“Alhamdulillah, Isabella Depp selamat dilahirkan jam 11.12 malam tadi melalui pembedahan,” tulisnya.

Pada masa sama, dia turut meluahkan rasa syukur dengan kehadiran bayi yang menambah seri buat keluarganya dan akan berkongsi foto anaknya pada masa yang sesuai.

“Semoga kalian dirahmati dan Insya-Allah, kami akan kongsikan gambar Isabella Depp,” tulisnya.

Kelahiran cahaya mata ketiganya hasil perkahwinan dengan jejaka warga Perancis, Eric Daniel Depp itu dipercayai lebih awal daripada tarikh jangkaan yakni pada 10 Mei depan.

Sebelum ini, pasangan itu sudah pun dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Zachary Depp dan Raphael Depp.

Nourul juga mempunyai anak perempuan, Ayu Nazirah hasil perkahwinan pertamanya dengan penyanyi dan komposer, Ajai.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida