Hiburan By: Salma Syahbuddin November 20, 2017 @ 12:13pm

NOVEMBER MUSIM ARTIS BERTUNANG

Tahniah diucapkan kepada Shila Amzah dan Pasangannya, Haris Idraki Elias kerana telah mengikat tali pertunangan pada 4 November 2017 dikediaman penyanyi itu di Petaling Jaya.

Bagi Shila, walaupun usia perkenalan mereka baru 3 bulan, dia memilih Haris kerana Haris seorang yang bertanggungjawab dan seorang lelaki yang baik.

Walaupun pertunangan ini tidak digembar-gemburkan, namun terdapat segelintir pihak media yang dapat menghidu majlis pertunangan penyanyi cantik yang anggun dalam busana berona merah jambu ini. Bagi Shila, dia bukan tidak mahu menghebahkan perkara baik ini, tetapi tindakannya bersebab, dan sebab itu adalah bagi menghormati pihak lelaki.

Sama cantik, sama padan shila Amzah dan pasangannya.

Kalau sebelum ini kita dikejutkan dengan tindakan Rody melamar Nina menggunakan Social media untuk menjadi kekasih hatinya, akhirnya Rody Kristal selamat mengikat tali pertunangan dengan penjaga gol Skuad Futsal Kebangsaan, Nina Azman atau nama penuhnya Nur Izwani Azman. Pertunangan ini selamat dijalankan di kediaman Nina di Kulai, Johor.

Rody (Kristal) dan Penjaga Gol Skuad Futsal Kebangsaan, Nina Azman selamat bertunang.

Rody dan Nina memeberitahu berita gembira itu menerusi laman Instagram mereka. Dan rata-rata pengikut mereka mengucapkan tahniah dan berharap hubungan ini sampai ke jinjang pelamin.

Kedua-dua pasangan ini juga bersyukur kerana majlis pertunangan ini berjalan dengan lancar dengan dihadiri oleh keluarga dan kawan-kawan rapat.
Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Shila Amzah dan Rody Kristal!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 22 Oct 2022

Terbawa Karakter Dalam Lakonan, Selalu Dianggap Garang… Sheila Rusly Ingin Jadi Diri Sendiri

Penerbit dan pelakon, Sheila Rusly sering diingati dengan karakter yang dilakonkan dalam setiap drama. Dianggap garang oleh warganet, Sheila umpama sudah lali dengan tohmahan dan kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya. Menurut Sheila, disebabkan karakter garang

Events Tue, 28 Jan 2020

[VIDEO] Ini Hadiah Faizal Tahir Buat Apex Tajudin

Wah! Boleh tahan juga Apex ni!

Hiburan Sun, 17 Feb 2019

Tuduhan Guna ‘Mak Esah’ Viral, AKHIRNYA Netizen Tampil Mohon Kepada Misha Omar

Lain kali jangan ulang lagi ya, berdosa besar fitnah orang lain wak!

Hiburan Fri, 23 Aug 2019

| Live TV