Hiburan By: Fatin Nurain April 20, 2023 @ 2:36pm

Keletah Syamel Ketar Tangan Nak Beli Barang Kemas Untuk Ernie Zakri Raih Perhatian – “Kalau Cukup 1 Juta Likes, Awak Pilih Satu Gelang”

Penyanyi Syamel tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat keletahnya mencabar isterinya, Ernie Zakri untuk mendapatkan 1 juta likes ketika live sambil mempromosikan barangan kemas.

Menerusi video yang tular di TikTok, Syamel turut berjanji untuk memberikan Ernie seutas gelang emas yang di promosikan oleh mereka sekiranya berjaya mendapatkan 1juta likes.

Teruja dengan cabaran itu, Ernie telah meminta bantuan daripada peminat mereka yang menonton live tersebut untuk terus memberikan tanda suka yang banyak.

“Kalau cukup 1 juta ikes, you pilih satu gelang,” katanya.

Selepas mengeluarkan kenyataan tersebut, Syamel terus terkejut apabila jumlah likes yang diterimanya meningkat dengan laju.

“Sayang saya terhadap awak ni bukan terletak pada barang kemas. Saya letak pada hati, jiwa, naluri saya sebagai suami yang menyayangi awak dunia akhirat,” katanya.

Dalam pada itu, Ernie juga sempat menekan likes untuk lives tersebut selepas menyedari mereka hanya memerlukan lagi 200,000 likes untuk mendapatkan gelang emas tersebut.

“Apa ni korang, takpayah la susah-susah. Saya okay je, kesian suami Kak Ninie,” kata Ernie.

@sarangspider PART 1 : Dia bikin janji dia yang takut 🤣 #Syamel #ErnieZakri ♬ original sound – sarangspider

Melihat kegelisahan diraut wajah Syamel, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang menghiburkan di ruangan komen.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 17 Jul 2019

Alamak…Kena Samanlah Pula

Hazama buat hal lagi!

Hiburan Wed, 6 Feb 2019

‘Istiqamah Dalam Tudung Bukan Perkara Mudah’- Emma Maembong Mengaku Sudah Tidak Bertudung

Pelakon ini menerima kritikan dengan hati terbuka & mengaku kekhilafan diri…

Trending Thu, 21 Dec 2023

Demi Menyelamatkan Anak Daripada Diculik, Bapa Cedera Parah… Rupanya Suspek Rakan Kongsi Perniagaan!

Dah nama pun bapa, pasti sanggup hadapi risiko demi anaknya sendiri.

Trending Wed, 25 Dec 2019

Hanya Kerana Gambar Kampung Di Perlis Dikongsi Apple …

Raih Ratusan Ribu ‘Like’, Dipuji Seluruh Dunia

Hiburan Wed, 31 Jul 2019

Apa Kes Gambit Makan Katak Ni?

Semoga ini dipermudahkan buat Gambit

Events Sat, 26 Jan 2019

Gabungan Jaclyn Victor, Siti Nordiana Hangatkan Pentas Prelude AJL33

Wow! Kalau showcase prelude pun dah meremang bulu roma, apatah lagi kalau AJL33 nanti kan?