Hiburan By: Padin September 7, 2023 @ 8:30pm

Jual Tiket Dengan Harga Rahmah, Rizky Febian Bakal Hiburkan Peminat Malaysia Dengan Konsert Berona Day 3 November Ini!

Bintang popular Indonesia Rizky Febian bakal kembali ke Malaysia untuk konsert jelajah album keduanya yang berjudul Berona pada 3 November ini.

Bertempat di Megastar Arena, Kuala Lumpur, konsert yang diberi nama ‘An Album Live Concert, Berona Day: Rizky Febian’ dibawakan oleh Hitman Solutions bakal bermula jam 8.30 malam.

“Ini merupakan konsert saya yang kedua seumpamanya di Malaysia. Memandangkan tahun lalu, konsert saya mendapat sambutan baik, saya akan kembali ke Malaysia untuk menghiburkan peminat setia.

“Konsert ini adalah bersempena pelancaran album kedua yang berjudul Berona pada 21 Julai lalu.

“Album yang mengandungi 10 lagu baharu hasil kolaborasi tiga pemuzik Indonesia, Gangga, Teddy Adhitya dan Basboi menjadi tujuan utama mengapa konsert ini diadakan kali ini, selain mempromosikan album baharu, dapat juga menyapa peminat-peminat saya di Malaysia.

“Team dari RFAS Music sudah pun mempersiapkan segala rangka promosi pada September ini, dan juga menjelang malam konsert nanti,” kata Rizky.

Bertemakan cinta yang diambil dari album ‘Berona’, konsert, An Album Live Concert, Berona Day: Rizky Febian, bakal berlangsung selama hampir dua jam dengan 15 buah lagu yang akan dipersembahkan pada malam konsert nanti di mana Rizky akan tampil dengan cara nyanyian yang sedikit berbeza dan lebih dewasa.

Lebih istimewa, beliau juga bertanggungjawab sebagai pengarah muzik bagi konsertnya sendiri.

“Dari segi susunan muzik pula, saya sendiri yang akan menentukannya dengan ‘warna’ baharu yang lebih sesuai dengan usia saya yang semakin matang yang dilatari pemuzik profesional yang diterbangkan dari Indonesia,” katanya lagi.

Menurut Rohit Rampal, selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Solutions, Rizky mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan penggemar muzik tempata.

“Rizky merupakan artis muda yang sering menjadi perhatian kerana hasil karyanya yang bermutu. Dengan itu, kami tidak teragak-agak memilih untuk membawa Rizky ke Malaysia bagi mengadakan konsert jelajahnya.

“Kami juga akan teruskan penjelajahan ini ke negara singa, pada tahun 2024 sebagai penganjur untuk Berona Day Rizky Febian Singapura. Sebagai promoter konsert, kami ingin setiap konsert itu bermakna buat peminat-peminat, oleh itu, kami memberikan harga tiket yang berpatutan dan mampu beli kepada semua. Kami juga menjual tiket dengan harga Rahmah bermula RM179,” katanya.

Tiket berharga RM179 – Romansa (Free Standing), RM199 – Terpesona (Normal Seating) dan RM399 – Super Rizfelous (VIP Standing) boleh didapati di www.hitmanlive.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Jul 2018

Lokasi, Tok Kadi Dah Ready, Awi- Atikah Kahwin 17 Mac 2019

Tarikh berkenaan merupakan hari orang bekerja jadi kami sepakat bawa ke 17 haribulan. Insha Allah majlis nikah bakal diadakan di Singapura. Semoga lancar semuanya!

Hiburan Mon, 16 Oct 2023
Featured Fri, 22 Apr 2022
Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] Netizen Dakwa Aktor Terkenal Mabuk Di Kelab Malam, Klip Cium GF Orang Viral?

Alamak, siapa pelakon lelaki yang disebutkan tu? Kemain galak lagi 🤭 Tacoddd 🥵

Hiburan Thu, 25 Jan 2018

童年回忆「天线宝宝」丁丁扮演者离世

英国广播公司(BBC)製作的幼儿节目《天线宝宝》(Teletubbies),自1997年开播后,红遍全球,是不少人的童年回忆。扮演紫色天线宝宝「丁丁」(Tinky Winky)的男星西蒙班纳斯(Simon Barnes)于17日离世,享年52岁。

Hiburan Tue, 29 Jan 2019

‘Minta Maaf Atau…’ – Linda Rafar Mahu Saman Netizen

Saya tak pernah berasa menyesal dengan apa dibuat. Saya hanya mempertahankan hak ibu. Lagi pula, ini bukan untuk kepentingan saya seorang tetapi orang lain juga yang pernah mengalami nasib sama.