Nyanyi Lagu Cinta, Siti Nurhaliza Ingin Berguru Dengan Marsha Milan

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza meminta Marsha Milan mengajarnya untuk menyanyikan lagu Cinta di bahagian chorusnya yang memerlukan suara yang agak tinggi.

Menerusi perkongsian di TikTok, Siti telah memuat naik videonya mendendangkan lagu tersebut sambil merakam gelagat anaknya, Muhammad Afwa yang sedang melihatnya menyanyi.

“@marshamilan tolong ajar makiti camno nak nyanyi part tinggi ni.

“Adik cuba fahami apa ibu cuba jerit ni ye? Hahahaha.. redhale la adik ye,” tulisnya.

@toktitiktok Adik cuba fahami apa ibu cuba jerit ni ye? Hahahaha.. redhale la adik ye ..#fypă‚· ♬ original sound – Siti Nurhaliza

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya memuji versi yang dibawakan oleh penyanyi itu dan memintanya untuk membuat ‘cover’ penuh.

“Clean betul suara Tokti nyanyi lagu ni.

“Full cover please Tokti.

“Sedap Tokti bawa style maca ni .. tapi ada satu lagu tokti yang mungkin sukar untuk dinyanyikan oleh orang lain iaitu kurniaan dalam kesamaran.

“Ya ampunnnn sedapnyaaa. Full cover please Toktiiii,” komen peminatnya.Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza meminta Marsha Milan mengajarnya untuk menyanyikan lagu Cinta di bahagian chorusnya yang memerlukan suara yang agak tinggi.

Menerusi perkongsian di TikTok, Siti telah memuat naik videonya mendendangkan lagu tersebut sambil merakam gelagat anaknya, Muhammad Afwa yang sedang melihatnya menyanyi.

“@marshamilan tolong ajar makiti camno nak nyanyi part tinggi ni.

“Adik cuba fahami apa ibu cuba jerit ni ye? Hahahaha.. redhale la adik ye,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya memuji versi yang dibawakan oleh penyanyi itu dan memintanya untuk membuat ‘cover’ penuh.

“Clean betul suara Tokti nyanyi lagu ni.

“Full cover please Tokti.

“Sedap Tokti bawa style maca ni .. tapi ada satu lagu tokti yang mungkin sukar untuk dinyanyikan oleh orang lain iaitu kurniaan dalam kesamaran.

“Ya ampunnnn sedapnyaaa. Full cover please Toktiiii,” komen peminatnya.

Fatin Nurain