‘ OK Kan Tengok Kat Mamak, Tak Dosa Kan?’, Tindakan Rita Rudaini Dipuji Netizen

Nama pelakon Rita Rudaini terus hangat diperkatakan di sosial media apabila sering memuatnaik gambar dan kapsyen ‘mengusik’ individu tertentu.

Sebelum ini, Rita ada memaklumkan akan mempertimbangkan membawa dua anaknya Rayyan dan Arjuna ke stadium Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 sekiranya undangan itu datang daripada bekas suaminya, Aidil Zafuan.

Namun begitu, malam tadi pelakon jelita ini berkongsi beberapa gambar mereka sekeluarga menonton perlawanan di restoran mamak.

“ Ada geng nak join tengok kat mamak. Ok kan tengok kat mamak, tak dosa kan?” tulisnya ringkas.

Dalam gambar itu, Rita turut ditemani rakan baik bagi memberi sokongan terhadap skuad kebangsaan itu. 

Dalam rakaman video di laman Instagram juga, kedua-dua anak Rita, Rayyan dan Arjuna melompat kegembiraan apabila skuad Harimau Malaya menjaringkan gol.

Rita sebelum ini pernah mendedahkan banyak pihak yang bermurah hati untuk menghadiahkan tiket perlawanan akhir pertama itu buat kedua-dua anaknya.

Tindakan Rita yang hanya memilih untuk menonton perlawanan bola sepak itu di restoran mamak mendapat pujian netizen.

SGMS Faida