OMG…Apa Dah Jadi Dengan Kulit Jessica Iskandar?

Pelakon dan pengacara Jessica Iskandar antara selebriti yang mempunyai kulit wajah yang cantik.

Namun begitu, baru-baru ini warganet dikejutkan apabila kulit wajah Jessica tiba-tiba berubah dipenuhi ruam kemerahan di sekitar pipi dah dagunya. 

Rata-rata pengikutnya terkejut melihat penampilan terkini ibu anak satu itu.

Disebabkan masalah kulit yang dialami Jessica, dia juga harus memakai foundation dan berbedak tebal setiap kali ke lokasi penggambaran. 

Difahamkan, tunang kepada aktor Richard Kyle ini mengalami reaksi alergi disebabkan alergi dengan ubat bius selepas melakukan rawatan wajah.

Di ruangan komen IGnya, majoriti pengikut Jessica menyarankan agar dia segera berjumpa dengan doktor sebelum keadaan kulit menjadi lebih parah. 

Semoga cepat sembuh, Jessica! 

SGMS Faida