OMG…Baim Wong Buat Kejutan ‘Gila’ Sempena Hari Jadi Isteri!

Hampir setahun berkahwin, pelakon Baim Wong membuat kejutan istimewa buat isterinya, Paula Verhoeven.

Paula yang kini hamil lima bulan menerima pelbagai hadiah mahal sempena ulang tahun ke 32.

Di hari ulang tahun Paula, Baim membawa Paula ke pusat beli belah dan mengunjungi kedai jenama BVLGARI.

Namun begitu, Paula membatalkan niat untuk mendapatkannya lantaran harga yang mahal.

Paula yang tidak dapat ‘menghidu’ rancangan yang diatur terkejut apabila Baim belikan seutas gelang mewah berjumlah puluhan ribu Ringgit.

Tidak terhenti di situ, Baim turut membawa Paula ke restoran mewah dan menghadiahkan sepasang anting-anting mahal.

Nampaknya kejutan tidak terhenti di situ sahaja kerana Baim kembali memberi kejutan keesokan harinya.

Mendapat kejutan tanpa henti selama dua hari, Paula meluahkan rasa gembira dan terharu dengan kesungguhan suaminya.

Pasangan yang berkahwin pada 22 November 2018 ini bakal menyambut anak sulung mereka tidak lama lagi. Semoga terus bahagia ya!

SGMS Faida