Categories: LIFESTYLETravelogue

Apa Yang Tiada di Iceland Dibandingkan Dengan Malaysia

Bila sebut mengenai Iceland apa yang terbayang dalam fikiran anda? Ya, permandangan indah gunung-ganang yang dipenuhi salji yang sangat unik serta ada yang mendakwa penduduk di Iceland sangat aman dan damai walaupun di penuhi gunung berapi di sekeliling mereka.

Bahkan Iceland juga dikenali sebagai “land of Fire and Ice”. Menurut kajian penduduk di sana sangat sedikit hampir 1 per 5 penduduk Kuala Lumpur. Jumlah penduduk yang kecil ini membuatkan ibu kotanya yang kecil terasa seprti luas.

Namun, disebalik keunikan ini anda mungkin tidak pernah perasan sebenarnya ada beberapa perkara yang tidak pernah wujud di negara ini. Bagi pelancong seprti kita ianya sangat unik dan memiliki identiti sendiri.

Ini adalah beberapa ‘benda’ yang takkan pernah ada di Iceland 

1. Haiwan reptilia

Anda mungkin tak akan melihat reptilia seperti ular dan biawak di sana. Bahkan haiwan eksotik pun tidak ada di sana. Pelik kan?

Ini sebab kenapa haiwan ini tidak hidup di sana. Ia kerana di Iceland mempunyai banyak sarang burung yang bersarang di atas tanah. Jadi, jika haiwan seperti ini tinggal di sana akan menjejaskan ekosistem negera tersebut.

Selain itu kerana suhu tidak membenarkan haiwan reptilia seperti itu hidup kerana cuaca di sana agak ekstrem berbanding negara yang mempunyai panas dan lembap.

2. Nyamuk

Pelik tapi benar, nyamuk tidak dapat hidup di negara sejuk beku kerana menjejaskan pembiakannya.

Dakwa beberapa kajian saintis, mengesyaki bahawa Iceland tidak akan menjadi negara bebas nyamuk selama-lamanya kerana pemanasan global yang berlaku akan memberi ruang untuk nyamuk membiak di negara itu.

3. Kereta api

Bila anda di Iceland, pengangkutan awam yang ada hanyalah bas sahaja. Tiada satu pun perhidmatan keretapi laju atau bawah tanah. Walaupun begitu, harga untuk kenderaan awam ini agak mahal dan kekerapannya agak terhad.

4. McDonald’s

Negaranya yang kecil membuatkan restoran makanan segera sangat terhad. pecaya atau tidak, ada yang mendakwa restoran McDonald’s tidak terdapat di sana walaupun ia sangat terkenal di dunia.

Selan itu, penduduk Iceland sangat mempunyai kesedaran yang tinggi dalam penjagaan makanan. Mereka lebih gemar memilih makanan yang tinggi khasiat.

Sumber: Iluminasi

SGMS Enal