Categories: TECHTech News

Mainkan Muzik Youtube Tanpa Buka Aplikasi

Memang ramai yang menggemari Youtube kerana sememangnya Youtube terdapat pelbagai lagu yang terkini dan menarik, namun sayangnya apabila ingin didengar pada peranti pintar, ianya terhad pada aplikasinya sahaja.

Secara tidak langsung ianya akan mengganggu kebolehan peranti untuk “multi tasking” . Berikut kami kongsikan tips untuk mendengar lagu daripada Youtube pada latar belakang perantitanpa perlu membuka aplikasinya.

Pertama sekali buka aplikasi pelayar Chrome pada Android dan masuk ke alamat www.youtube.com

Seterusnya klik pada menu tiga titik pada penjuru sebelah kanan pelayar dan tandakan pada kotak “Request dektop Site”.

 

Anda akan dibawa ke laman youtube versi Desktop yang mana susun atur antaramukanya akan berubah seolah – olah menggunakan PC.

 

Kemudian mainkan mana – mana lagu yang anda berkenan dan tekan pada tombol Home peranti. anda akan dapati lagu tersebut akan berhenti dimainkan.

Untuk memainkannya semula, skroll pada notification menu dan tekan tombol “Play” maka lagu tersebuat akan terus dimainkan pada latar belakang peranti. Selesai.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

SGMS Enal