One Republic Live In Malaysia, Peminat Berpeluang Beraksi Di Atas Pentas Mereka?

Berita baik buat peminat Kumpulan One Republic!

Sempena konsert One Republic Live in Malaysia pada 25 April nanti, Pihak WGW Entertainment telah menganjurkan satu pertandingan nyanyian bagi mencari bakat baharu. Dan, pertandingan ini bakal dirasmikan oleh Pengurus Besar Malaysia Major Events (MME), Tony Nagamaiah.

Sebelum penonton berpeluang menonton One Republic beraksi di pentas yang gah itu, pihak konsert telah membuka peluang kepada bakat-bakat baharu ini untuk mencuba nasib dalam bidang nyanyian. Peminat One Republic atau sesiapa sahaja yang berkeyakinan mendendangkan lagu kumpulan tersebut bakal membawa pulang wang tunai dan juga tiket konsert. 

Peminat yang berminat untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini, penyertaan bolehlah dihantar ke laman web rasmi mereka sebelum 4 April 2018. Sebelum pukul 12 malam. Dan, peserta  akan mula menghangatkan pentas pada 7 April 2018 di Ruang Legar, Berjaya Times Square KL.

Dalam pertandingan ini, para peserta akan dinilai berdasarkan empat kriteria utama iaitu suara, bunyi, irama dan tempo selain pronounciation dan penggunaan pentas mereka ketika membuat persembahan. 

Pemenang bagi pertandingan pencarian bakat baru sempena konsert One Republic Live in Malaysia ini akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3K dan dua tiket rock zone bernilai RM578. Wow!

Jadi apa tunggu lagi, kepada peminat lagu-lagu seperti If I Lose Myself, Apologize, Say (All I Need) dan Stop And Stare ini adalah peluang anda untuk merasai sendiri konsert artis kesayangan anda!

 

Salma Syahbuddin