Nana Tolak Lamaran Jadi Isteri Kedua

Langkah bijak yang patut dicontohi semua wanita, jauhi suami orang! Kata penyanyi Siti Nordiana ini, dia pernah menolak lamaran lelaki berstatus suami orang kerana tidak mahu sakiti hati wanita lain.

Bukan apa, tak mahulah timbul salah faham pula di kemudian hari, betul tak? Terbaiklah Nana!

“Memang ada yang serius mahu mengajak saya berkahwin, tetapi saya terpaksa tolak kerana dia suami orang. Sebagai wanita, tentu saja saya cukup faham hati golongan hawa.

“Kalau boleh elak, sudah pasti saya elak dan paling penting, jangan terus dilayan jika mereka nampak berlebih-lebih. Kita juga perlu bijak mengawal diri,” katanya.

Memetik laporan Berita harian, Nana berharap pendapat peribadinya tidak disalah erti atau mengguris perasaan insan lain kerana ia bukan ditujukan kepada sesiapa, sebaliknya hanya untuk diri sendiri.

“Jujurnya saya enggan menyentuh isu sebegini, tetapi andai sudah ditanya, inilah pandangan peribadi saya. Bimbang juga jika saya tersalah cakap, orang yang mengalami situasi itu pula akan terasa,” katanya lagi.

Penyanyi dan pelakon berusia 34 tahun itu mempunyai seorang anak lelaki, Muhammad Nakhaie Rayyan, 10, hasil perkahwinannya dengan pelakon, Allahyarham Mohd Faizal Yusup.

SGMS Faida