Padam Foto Bersama Gal Gadot, Zahirah Macwilson Akhirnya Tunjuk Sokongan Secara Terbuka Pada Palestin – “Terlalu Kejam!”

Pelakon jelita, Zahirah Macwilson akhirnya tampil bersuara mengenai kekejaman zionist terhadap rakyat Palestin yang teruk direjam tanpa belas kasihan oleh tentera-tentera Israel.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, isteri kepada aktor dan model Aiman Hakim Ridza turut memadam foto bersama aktres antarabangsa Gal Gadot yang secara terangan memberi sokongan kepada Israel.

“‘From the river to the sea, Palestine will be free’..  Saya telah mengelak media sosial sejak minggu lalu untuk memberi tumpuan kepada rehat dan pemulihan kesihatan sendiri dan keluar rumah hanya atas tuntutan kerja.

“Saya membaca dan menyaksikan peristiwa ngeri  yang berlaku di Palestin, isu tersebut terlalu menyayat hati.

“Setelah beberapa malam mendengar tragedi itu daripada suami saya dan hanya mampu berdoa kepada ketenangan Palestin.. cukuplah..

“Apa yang berlaku sejak 1948 sehingga kini hanya boleh digambarkan sebagai suatu tindakan yang kejam, tamak, dan kempen pembunuhan beramai-ramai.

“Akibat dariapda peperangan ini ramai nyawa yang tidak berdosa terkorban. Keluarga berantakan, ibu menangis untuk anak-anak mereka dan anak-anak mereka dikorbankan,” tulisnya,

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan kata syabas kepada Zahirah atas tindakannya memadam gambar bersama Gal Gadot yang dianggap sensitif itu.

Sebelum ini, aktor Meerqeen dikecam apabila tidak menunjukkan sokongan kepada Palestin, netizen pula mula memetik fotonya bersama Gal Gadot.

Artikel Berkaitan: Muat Naik Ciapan Label Orang Lain Munafik, Netizen Petik Semula Video Meerqeen Jawab Isu Jumpa Gal Gadot

Artikel Berkaitan: “Bayangkan Kau Masuk Neraka Sebab…” – Disindir Netizen Isu Palestin, Meerqeen Tampil Beri Respons

Artikel Berkaitan: Tulis Kenyataan Berbentuk ‘General’, Netizen Syak Meerqeen Takut Hilang Kerjasama Dengan Jenama Antarabangsa – “Langsung Tak Ada Sebut Palestin”

Aqilah Paharuzi