Pernah Dapat Lagu ‘Dia’, Azza Elite Sebak Dengar Kisah Ross Ariffin Kini Jadi Gelandangan – “Dia Minta Saya Gerak Solo Tapi…”

Pelakon dan penyanyi, Azza Elite meluahkan rasa sedih atas nasib menimpa komposer dan penerbit terkenal, Roslan Ariffin, 61, yang mendedahkan dia kini hidup sebagai seorang gelandangan.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs0, Azza atau nama lengkapnya Nor Azzarima Zawar memaklumkan Roslan atau lebih mesra disapa Ross pernah mencipa lagu Dia untuknya.

Sementara itu, pelantun lagu Trauma bersama Elite itu juga berkata Ross pernah meluahkan hasratnya untuk melihat Ezza menyanyi solo, namun tidak dilunaskan kerana menyedari bakat kemampuannya dalam nyanyian.

“Dia pernah mencipta lagu ‘Dia’ untuk Kek Za (nama panggilan Azza) ketika happy masa record, nak Kek Za jadi solo.. Tapi hati saya tak kuat nak menyanyi solo sebab lebih kepada group.

“Saya sedar kemampuan saya, tapi harini rasa macam sedih sangat bila dengar pasal Abang Ross.. Semoga Allah permudah segala urusan Abang Ross,” tulisnya.

Sebelum ini, Ross atau nama lengkapnya Roslan Ariffin, 61, memaklumkan dia kini bergelar gelandangan dan hidup berpindah-randah sejak tiga tahun lalu di sekitar Pasar Seni dan juga Melaka.

Difahamkan Ross sudah dua kali diserang penyakit ‘stroke’ (angin ahmar) sehingga menyebabkannya sukar untuk berjalan dan bercakap.

Artikel Berkaitan: Ross Ariffin 3 Tahun Hidup Menderita, Dulu Komposer Terkenal Kini Gelandangan Kaki Lima

Aqilah Paharuzi