Kemelut Perkahwinan Elvina Mohamad Belum Tamat?

Kemelut rumah tangga pelakon Datin Elvina Mohamad terus diperkatakan apabila dia dilihat sudah memadam semua gambar suami , Datuk Haniff Borhan di Instagramnya.

Menerusi Instastory, Elvina atau Norazlina Mohamad menulis dia mencabar wanita berkenaan untuk berkongsi mesej perbualan antara dia dan suaminya.

Dalam kenyataannya, Datin Elvina juga menegaskan dia tidak meroyan seperti yang diperkatakan. 

Dalam masa yang sama, Elvina membidas netizen yang meninggalkan komen jahat pada dirinya kerana merasakan orang ramai tidak memahami keadannya kerana tidak melalui  situasi begini.

“ Jangan persoalkan apa yang saya lakukan jika anda tidak faham apa yang saya rasa,” tulisnya.

Baru- baru ini, pelakon berusia 24 tahun ini mendedahkan ada pihak ketiga cuba menganggu keharmonian rumah tangganya dengan Datuk Mohd Haniff Borhan.

Elvina turut mempersoalkan wanita itu yang menggangu suaminya selain dia memuat naik gambar individu itu di Instastory.

SGMS Faida