Categories: Trending

Wanita Ini Kongsi Bagaimana Seorang ‘Perempuan Baik’ Hampir Berjaya Suruh Anaknya Seludup Dadah!

Kakak penulis selalu ingatkan setiap kali sebelum penulis terbang ke luar negara. “Jangan jadi keldai dadah!”

Penulis mengaku yang walaupun mengiakannya, penulis tak ambil peduli sangat. Yelah, selalu sangat ke perkara ini berlaku?

Tapi setelah membaca pengalaman “ngeri” oleh seorang wanita Malaysia yang bernama Latifah Mohamad, rasa takut pula! Takut sebab ia berlaku di KLIA2, airport yang selalu kita lawati.

Menurut laman Facebooknya, dia dan anak perempuannya sedang berjalan-jalan di depan departure hall KLIA2. Anaknya berjalan beberapa meter di hadapan.

Tiba-tiba seorang wanita dalam usia 30-an menegur budak itu dengan ramah sekali dan meminta tolong. Anak Latifah pula bersangka baik dan bersetuju.

Wanita itu sedang memegang beg kertas berisi dua bungkus Milo yang besar. Katanya dia ingin pulang ke Indonesia. Latifah pun perasan yang dia bercakap macam orang sana.

Foto: Facebook K.S. Couppas LTD

Katanya lagi dia telah belikan Milo itu untuk anaknya, dan dia nak minta tolong pegangkan hingga melepasi pemeriksaan imigresen. 

“Konon katanya barangnya melebihi berat 7kg jadi maksudnya nak tumpanglah orang lain,” tulis Latifah.

Bila Latifah hampiri anaknya, wanita itu cuba terangkan dan minta tolong sekali lagi. “Saya pun hairan juga, nampak tak ada pun beg lain bersamanya sampai lebih 7kg.” Yang ada hanyalah beg kertas berisi Milo itu.

Latifah berkeras dan menyuruh wanita itu untuk bawa sendiri “barang” tersebut. “Awak ada dua pilihan saja, bayar lebih atau buang jer ‘milo’ tu,” katanya.

Latifah dengan segera meninggalkan tempat itu bersama anaknya dan mengingatkan anaknya supaya jangan percaya kepada sesiapa pun yang meminta untuk tolong simpan atau bawa barang mereka.

Nasib baik dia cekap dan peka dengan masalah ini! Kalau tak, nahaslah. 

Kes sebenar

Situasi ini telah mengingatkan Latifah kepada kes rakannya yang telah memasuki tandas di KLIA selama lebih kurang 8 minit. Tapi bila keluar, dia mendapati anaknya yang berusia 7 tahun sedang bermain dengan sebuah teddy bear yang “diberi pinjam” oleh seorang wanita yang kononnya akan naik kapal terbang yang sama.

Bersangka baik, rakan Latifah ini biarkan saja anaknya bawa tapi bila tiba di tempat pemeriksaan kastam, jeng jeng jeng.

Foto: El Paso Times

Rupa-rupanya ada dadah dalam teddy bear itu, tapi wanita yang bertanggungjawab tadi tak dapat dijumpai. Akibatnya, rakan Latifah ditahan, dibawa ke bilik pemeriksaan dan disiasat sampai ke pagi.

Dia juga terpaksa dihadapkan ke mahkamah! Nasib baik terlepas akhirnya setelah ada campur tangan orang-orang tertentu. Malangnya rakan Latifah dikenakan denda yang sikit punya tinggi. “Kalau tak, tali gantunglah jawabnya.”

Jadi hati-hatilah, ya. Sentiasa peka dengan keadaan di sekeliling anda, bukan saja di airport tapi di mana-mana saja. Ada saja orang jahat yang mencari mangsa. Kalau dah terkena perangkap, menyesal tak sudah nanti kerana cuai.

Latifah mengingatkan, “Jangan memandai2 tolong bawa barang orang, jangan baik tak bertempat, jangan mudah percaya, jangan seronok sangat jumpa yang ramah tak dikenali. Simpan sedikit prasangka tu….ia kadang2 perlu juga dalam suasana masyarakat sekarang!”

Sumber: Facebook Latifah Mohamad

Ad Ops