Pamer Foto Seksi Ditepi Pantai, Emma Maembong Diminta Jaga Aurat

Pelakon cantik, Emma Maembong nampaknya tidak serik apabila terus tampil berpakaian seksi dan mencolok mata.

Menerusi hantaran terkini di laman Instagram miliknya, Emma kelihatan mengenakan pakaian berwarna putih dan sedang duduk bersimpuh di atas pasir.

Namun, cara pelakon Bicara Cinta ini duduk dianggap tidak sopan kerana menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya.

Justeru itu, rata-rata follower beliau berasa kurang senang, malah ada yang meluahkan rasa kecewa apabila artis kesayangan mereka ini tidak serik ditegur mengenai imej seksinya itu.

Sementara itu, ada juga dalam kalangan peminat yang sempat menitipkan pesanan dan doa agar Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail kembali menutup aurat dan memakai hijab seperti dahulu.

Bagaimanapun, Emma dilihat menutup ruangan komen miliknya itu selepas dibanjiri dengan komen netizen yang menegur mengenai imej seksinya.

Salma Syahbuddin