Panas! Ini Jawapan Hijabista Famous Menari Di Kelab Malam

Siapa yang tidak kenal dengan Hijabister, Nisa Kay. Semalam dan hari ini sahaja sudah kecoh dilaman sosial berkenaan dengan video tarian beliau yang dikatakan sangat tidak sesuai dengan penampilannya yang berhijab itu. 

Menurut Nisa, dia sama sekali tidak menyangka video yang berdurasi 15 saat itu akan menjadi viral. Beliau juga turut mengakui sangat terkejut apabila melihat komen dan posting di laman sosialnya.

“Pertama sekali saya mengakui bahawa saya sama sekali tidak menyangka video tersebut akan menjadi viral dan saya turut terkejut melihat komen dan posting dilaman sosial.” katanya

Tambahnya lagi, beliau hadir ke acara itu untuk memenuhi undangan pihak penganjur lantas, menyertai permainan lip-sync battle yang dianjurkan seperti yang tular dimedia sosial. Menurut Nisa, dia menari kerana telah ditarik oleh seorang petugas yang berada disitu.

“Saya akui, ada silap saya dalam mengatur langkah. Kehadiran saya di acara berkenaan adalah untuk memenuhi jemputan pihak penganjur dan saya tidak seharusnya menyertai pertandingan lip-sync battle tersebut. Namun, kerana kumpulan tersebut tidak mempunyai ahli kumpulan yang cukup, saya yang berdiri berhampiran kumpulan terbabit telah ditarik oleh seorang petugas untuk menyertai kumpulan terbabit. Suasana dan muzik yang meriah mungkin buat saya lupa seketika siapa saya dan kenapa saya berada di sana.”

Hijabister Influencer ini juga turut mengakui tindakannya itu sama sekali tidak menggambarkan imej sebenarnya sebagai seorang muslimah yang bertudung dan memohon maaf atas perilakunya itu. Mempunyai followers seramai 73.1K menerusi laman instagramnya, Nisa berharap agar kesilapan yang dilakukannya ini menjadi iktibar buat dirinya dan juga orang lain. 

Salma Syahbuddin