Panggilan ‘Kau Aku’ Dengan Suami, Syatilla Melvin Jawab Kritikan Netizen

Pelakon Syatilla Melvin mempunyai alasan tersendiri atas panggilan ‘Kau Aku’ dengan suaminya, Shaheizy Sam.

Menafikan dirinya tidak hormat suami, Syatilla berpendapat rasa hormat kepada pasangan bukanlah diukur daripada panggilan.

“ Kami dah kenal lebih 10 tahun sebelum berkahwin. Saya tidak menganggap panggilan itu sebagai biadap. Ini kerana Sam bukan saja suami, malah kawan baik saya,” katanya kepada BH Online.

Syatilla yang kini hamil anak kedua ini memberitahu panggilan ‘aku’ dan ‘kau’ bukanlah sesuatu yang harus diperbesarkan.

“ Sebagai isteri saya tahu menjaga batas. Tidak semestinya apabila saya membahasakan diri ‘aku’ dan ‘kau’, itu bermakna saya tidak menghormati Sam sebagai suami,” katanya.

Sebelum ini, netizen mula mempersoalkan Syatilla gara-gara video dimuat naik Sam pada akaun Instagram.

Rakaman tersebut menunjukkan aksi pelakon itu membahasakan suaminya ‘kau’ yang disifatkan peminat sebagai biadap.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Syeriv Shamheizy.

SGMS Faida