Tarik Diri Dari Prime Domestic, Hillary Ang Enggan Komen Hal Lepas

Bekas pemain gitar Prime Domestic, Hillary Ang enggan membuka mulut dalam memberi sebarang kenyataan berhubung penarikan dirinya daripada kumpulan itu.

Kata Hillary ringkas, dia sudah melupakan pun perkara itu kerana sudah lama berlalu.

“ Saya dah lupakan hal itu,” katanya ringkas ketika ditemui pada sidang akhbar konsert mini Datuk Awie dan Dragon Malaya.

Konsert yang bakal berlangsung pada 28 Oktober depan di House G-Tower turut menyaksikan Hillary Ang Project tampil sebagai pembuka tirai persembahan itu.


Selain Hillary, dua lagi anggota Prime Domestic iaitu Aweera (penyanyi) dan Fauzi (bes) turut meninggalkan kumpulan Prime Domestic. Hillary terlebih dahulu menarik diri sebelum diikuti oleh pemain bass, Fauzi.

Hillary dan Fauzi kini bergabung dalam Hillary Ang Project yang turut dianggotai Kudin Headwind (keyboard), Elji (vokalis) dan Pae (dram).

Mereka bakal membuka tirai dalam Showcase Awie bersama Dragon Malaya pada 28 Oktober ini.

Persembahan itu akan diadakan di bangunan G Tower yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

SGMS Faida