Hiburan By: SGMS Faida July 3, 2018 @ 3:49am

Panggilan YB Buat Saya Rasa Berusia, Panggil Saja Bro Saddiq

Hari ini merupakan hari pertama Syed Saddiq secara rasmi memulakan tugas selaku Menteri Belia dan Sukan yang baharu.

Beliau yang tiba di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini pada pukul 8.50 pagi untuk bertemu para pegawai kanan serta kakitangan kementerian itu dengan diiringi Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali.

Menurut menteri paling muda dalam kabinet ini, beliau akan meneruskan program-program yang baik hasil peninggalan bekas menteri sebelum ini, YB Khairy Jamaluddin sebelum merangka program baharu yang lebih efektif.

“ Kita akan meneruskan semua program dan dasar di bawah menteri dahulu sekiranya ia membawa kebaikan kepada rakyat dan industri sukan negara seperti Fit Malaysia, Hari Sukan Negara (HSN) dan Perdana Fellowship

“ KBS akan bergerak sebagai satu keluarga dan pasukan dengan mengamalkan budaya kerja baharu termasuk menerapkan gaya hidup aktif dalam kalangan kakitangan.

“Saya juga ingin menerapkan budaya hidup aktif… kita akan berjoging bersama pada waktu pagi atau lepas kerja, petang kita berjoging,” katanya.

Tambahnya secara berseloroh, “ Saya harap orang panggil saya bro Saddiq… panggilan YB (Yang Berhormat) membuatkan saya rasa seperti berusia,”

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar itu melakar sejarah tersendiri apabila dilantik sebagai menteri penuh termuda pada usia 25 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 Jul 2022
Hiburan Thu, 12 Apr 2018

Erwin Dawson Menghidap Kanser, Takut Botak!

Beliau terpaksa menjalani ‘intermittent fasting’ yang bermaksud ala-ala puasa juga cuma puasa 16 jam dan hanya makan 8 jam.

Hiburan Fri, 3 Feb 2023
Featured Mon, 5 Sep 2022

Tular Video Mirip Pelakon Cilik Didakwa Beron*ni?

Muda lagi pelakon cilik ni baru 12 tahun 🥲 Betul ke buat perkara tak senonoh ni? Adoiii

Hiburan Thu, 2 Sep 2021

Raih Perhatian Penonton, Drama Bersiri Anak Sena Papar Sisi Berbeza

Mengangkat tema kehidupan masyarakat Orang Asli, drama bersiri Anak Sena yang sedang ditayangkan di TV3 ketika ini menarik perhatian ramai. Kisah yang sarat dengan pengajaran dan kisah hidup masyarakat minoriti itu bukan sahaja tular dalam […]

Featured Fri, 13 Jan 2023

Keperitan Alami Anxiety, Jerry Zakaria Lepaskan Emosi Dalam ‘Kehilangan’

Sedihnya lagu ni.. Masalah penyakit mental bukan isu main-main tau