PARA DOKTOR NAIK BERANG DENGAN NEELOFA?

Beberapa hari lepas Neelofa telah memuat naik tentang promosi makanan kesihatan bayi dilaman instastory beliau. Namun, salah seorang pakar perubatan telah memberi pesanan buat pengacara dan usahawan terkenal ini.

Komen berupa pesanan ini dibuat oleh doktor berkenaan selepas Lofa memuat naik video tersebut yang mengatakan produk itu mampu mengurangkan kedutan, memperlahankan proses penuaan serta mengembalikan keanjalan kulit wajah.

Namun, apa yang menarik perhatian para doktor tersebut ialah, Lofa turut memuat naik saranan pengambilan produk tersebut kepada bayi dan kanak-kanak dan itu disifatkan sebagai boleh mendatangkan kemudaratan.

Selain Dr Rafidah, beberapa orang doktor lagi turut memuat naik pandangan mereka terhadap isu ini.

Pakar Dermatologi ini memuat naik pandangannya di laman twitter beliau dengan menggunakan hashtag  #MedTweetMY menyeru agar barisan selebriti khasnya tidak membiarkan diri mereka menjadi alat promosi untuk sesuatu produk yang mempunyai tuntutan perubatan.

Apapun, ini antara pesanan buat Lofa. Kerana dengan aura yang dimiliki oleh beliau, tidak mustahil ia boleh mempengaruhi orang ramai yang mungkin mengambil ringan tentang kesan sampingan sesuatu produk. 

Salma Syahbuddin