Ehem…#ZiGi Bercinta Balik Ke?

Pasangan#ZiGi iaitu penyanyi Zayn Malik dan Gigi Hadid yang mengumumkan hubungan terputus pada Mac lalu dilaporkan menyambung semula episod percintaan mereka.

Bercinta sejak 2016, penyanyi ‘Dusk Till Dawn’ ini khabarnya terlihat memakai kalung dengan permulaan huruf namanya G. Wow, sweet betul Zayn ni! 

Tidak hanya itu, pasangan ini dilihat berjalan bersama di bandar New York di mana aksi mereka sempat dirakam oleh paparazzi.

Namun selepas menyedari aksi mereka dirakam paparazzi, pasangan ini segera lari ke kereta.

Nampaknya, dua selebriti ini mahu merahsiakan hubungan mereka bagi menjaga privasi lebih ketat daripada sebelum ini. Buat peminat #ZiGi, mesti anda happy sekarang kan? Kami pun tak sabar nak lihat pasangan popular ini bersatu kembali.

SGMS Faida