Patutlah Diam, Rupanya Elizabeth Tan…

Dah lama kita tak dengar penyanyi bersuara seksi, Elizabeth Tan keluar dengan single baharu. Kali terakhir dia tampil dengan single ‘Semua Sudah’ pada sekitar awal tahun ini.

Elizabeth atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy ketika ditemui Xtra, dia memaklumkan kini sibuk di studio rakaman.

“Saya tidak boleh kongsi lebih lanjut mengenai projek akan datang. Apa yang boleh saya kata, saya bakal tampil dengan dua buah lagu ciptaan Alif dan Hael Husaini dalam masa terdekat.

“Yang mana satu keluar dulu, saya sendiri tidak pasti kerana proses rakaman belum selesai sepenuhnya.

“Yang pasti, ada sebuah lagu duet bersama seorang penyanyi lain,” katanya ketika ditemui di pelancaran Kit Kat perisa Roti Canai dan Kari sempena sambutan ulang tahun ke 3 Kit Kat Chocolatory, hari ini.

Dalam perkembangan lain, penyanyi berusia 25 tahun yang selesa dengan irama R&B ini juga masih menanti tawaran berlakon yang bersesuaian.

“Buat masa ini, ada tawaran tetapi belum dapat kata putus lagi,” kata pelakon yang turut berlakon dalam filem Abang Long Fadil 3 yang bakal ditayangkan tahun depan.

Oleh: Fas

SGMS Faida