Pelakon ‘Airwolf’ Meninggal Dunia

Pelakon terkenal siri televisyen ‘Airwolf’dan ‘80’s Hunk’, Jan-Micheal Vincent dilaporkan meninggal dunia pada 10 Februari 2019.

Menurut laporan portal TMZ, pelakon berusia 74 tahun itu menghembuskam nafas terakhir akibat serangan jantung di Hospital Mission, Amerika Syarikat.

Cukup dikenali menerusi wataknya sebagai pilot Stringfellow Hawke dalam ‘Airwolf’ yang disiarkan di stesen CBS pada tahun 1984-1987, mendiang turut berlakon dalam ‘Big Wednesday’ sebagai Matt Johnson.

Mendiang Vincent mencatat sejarah dalam dunia seni Hollywood apabila muncul sebagai penerima bayaran tertinggi di Amerika dengan jumlah $200,000 untuk satu episod dalam ‘Airwolf’.

SGMS Faida