Penantian 20 Tahun, Exist Kembali Kongsi Pentas

Penyanyi dan bekas anggota kumpulan Exist, Ajai mengesahkan kumpulan itu bakal membuat konsert reunion tahun ini.

Selepas 20 tahun tidak mengadakan persembahan bersama, Ajai dan ahli kumpulan lain bakal mengubati kerinduan peminat dalam konsert itu nanti.

“ Selepas kami berbincang, kami bersetuju mengadakan konsert reunion pada tahun ini. Inilah satu-satunya reunion untuk konsert Exist. 

“ Kami akan mulakan dengan persembahan di sebuah acara besar, konsert untuk RTM, kemudian ke Singapura, Malaysia dan Indonesia,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah komposer terkenal itu, bekas anggota seperti Shah dan Mamat akan turut serta dalam projek khas ini.

“ Mereka juga akan tampil dengan single baharu yang menggabungkan vokal Mamat dan Ezad.

“Akan ada single baharu paduan suara Ezad dan Mamat. Orang nak tengok anggota asal Exist dan kami buat sekali saja untuk penuhi permintaan peminat,” katanya.

Selain Ajai, Exist yang ditubuhkan pada 1991 turut dianggotai Along (gitar), Shah (gitar), Musa (bass), Ujang (dram), Mamat (penyanyi) dan Ezad (penyanyi).

Untuk rekod lama, Exist popular dengan lagu hits mereka seperti Untukmu Ibu, Rahsia Pohon Cemara, Alasanmu, Jesnita, Julia dan Mengintai Dari Tirai Kamar.

SGMS Faida